Skim cepat kaya telah dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah dan kerap berlaku di negara ini. Ada pelbagai bentuk skim ini seperti melibatkan pemberian bunga yang tinggi, pelaburan awal yang kecil dan sebagainya. Namun, skim ini masih terus berupaya menipu ribuan penduduk negara ini walaupun pihak berkuasa sudah berkali- kali mengingatkan mereka.
Punca utama yang membawa penipuan ini terus berleluasa ialah rakyat kita terlalu ingin memperoleh kekayaan dengan cepat. Rasa tamak untuk mengaut kekayaan segera itu telah menyebabkan mereka tidak berfikir dengan rasional tentang aspek risiko yang bakal dihadapi pula. Jadi, mereka terus melabur kerana minda mereka sudah dikelirukan dengan kekayaan yang bakal diperoleh itu.
duit1 Skim Cepat Kaya Semakin Berleluasa
Selain itu, jenayah ini terus berlaku kerana pujukan rakan-rakan yang kononnya telah berjaya dalam skim yang serupa. Akibat pujukan rakan dan kepercayaan itulah begitu banyak mangsa skim ini yang dilaporkan dalam media massa kita. Sebenarnya, rakan itu memujuk kerana mereka telah menjadi mangsa awal penipuan skim ini terlebih dahulu.
Malah, tindakan untuk melipatgandakan wang dengan cara yang tidak betul juga telah mendorong kemelut skim ini terus menular dalam masyarakat kita. Mereka tidak mempercayai pihak bank untuk melaburkan wang mereka. Akibatnya, golongan ini berani menanggung risiko melabur dalam skim yang belum tentu berjaya pula.
Skim yang memalukan ini juga berlaku kerana kurangnya kawalan pihak berkuasa. Kelemahan dalam sistem perundangan wujud kerana jenayah ini dilihat hanya membawa kerugian kewangan dan bukannya melibatkan nyawa manusia melayang seperti kes pembunuhan pula. Jadi, kurangnya perhatian pihak berkuasa terhadap skim ini berbanding jenayah lain telah membawa menularnya skim negatif ini.
Kesimpulannya, semua faktor tadi telah membawa skim cepat kaya ini terus wujud dalam masyarakat kita. Kerjasama masyarakat diperlukan terutama dengan tidak melabur dalam skim ini jika mahu pihak berkuasa menangani kemelut ini. Bak kata orang dahulu, ” sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya,” yang membuktikan pentingnya masyarakat berhati- hati dalam pelaburan yang mencurigakan hasilnya.