-->

Type something and hit enter

Pages


On
1
Jati diri rakyat Malaysia menjadi teras dan kekuatan dalam menghadapi arus globalisasi.
Huraikan ciri-ciri remaja yang memiliki jati diri yang kukuh.
PENDAHULUAN
BIDANG
Definisi jati diri menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
-sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, agama sebagainya)
-menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu serta sesuatu bangsa
-setiap warganegara mempunyai jati diri yang istimewa sebagai lambang identiti sesuatu bangsa
TEMA
Remaja di Malaysia
-haruslah memiliki jati diri yang kukuh
-tidak dilabelkan sebagai golongan “Mat Salleh” celup atau orang putih celup
-mendepani onak cabaran dan duri dugaan pada zaman pascamilenium
SOALAN
Remaja harus memiliki ciri-ciri berikut agar dapat menjadi warganegara membentengi ombak globalisasi dalam arus modenisasi
ISI 1
CIRI-CIRI REMAJA YANG BERJATI DIRI
“Beri aku 1000 orang tua, nescaya akan kucabut semeru dari akarnya, beri aku 10 orang muda, nescaya akan kugoncang dunia”
-bersemangat patriotik dan berjiwa nasionalis sejak kecil demi membina bangsa yang bersemangat cinta akan negara
SEBAB
-penjajahan pernah berlaku di negara kita
-dijajah Portugis, Belanda, Jepun, dan Inggeris
-risiko penjajahan tetap ada pada zaman globalisasi
CONTOH
-remaja harus mengamalkan semangat sedia berkorban demi bangsa dan negara
KEPENTINGAN CIRI-CIRI TERSEBUT
-memastikan keamanan dan kedaulatan di negara dapat dikekalkan
-generasi akan datang dapat mendiami negara yang aman damai dan saujana mata memandang
KESIMPULAN
-remaja yang mempunyai jati diri kukuh harus dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah daripada rebungnya.
ISI 2
CIRI-CIRI REMAJA YANG BERJATI DIRI
-Dari segi adat, remaja tidak boleh melupakan adat resam
-dicipta oleh nenek moyang dan harus diamalkan dari generasi ke generasi
SEBAB
-adat resam ialah peraturan lama yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
-mampu mendisiplinkan kita
-membentuk remaja yang ada jati diri
CONTOH
-menghormati orang yang lebih tua
-berbudi bahasa kepada sesiapa sahaja
-mengekalkan keharmonian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
KEPENTINGAN CIRI-CIRI TERSEBUT
-membentuk kesopanan yang kukuh dalam diri remaja
-mengelakkan kebiadaban dan kebobrokan yang kian membimbangkan
-melahirkan warganegara yang tidak mudah dipengaruhi anasir jahat
KESIMPULAN
-mampu menjadi suri teladan kepada remaja di seantero jagatraya
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
ISI 3
CIRI-CIRI REMAJA YANG BERJATI DIRI
-menyanjung dan menghormati bahasa Melayu sebagai kebangsaan
-menghayati inti pati dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
-tidak boleh menganaktirikan bahasa Melayu dalam urusan rasmi
SEBAB
-rakyat Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang bangsa dan agama
-mempunyai bahasa dan kepercayaan agama yang berbeza
-mudah bersilang sengketa dan berkonflik jika wujudnya salah faham
CONTOH
-perpaduan nasional mudah dicapai dengan kesefahaman yang ada
-tidak ada sentimen perkauman di negara yang bebas merdeka
KEPENTINGAN CIRI-CIRI TERSEBUT
-menggunakan bahasa kebangsaan sesama rakyat untuk berkomunikasi
-tidak melupakan bahasa ibunda
-mempelajari bahasa asing sebagai bonus dan persiapan menuju ke institusi pengajian tinggi
KESIMPULAN
-dapat menguasai pelbagai bahasa
-memiliki ciri-ciri remaja berjiwa globalisasi
-menghayati dan mengagungkan bahasa kebangsaan sebagai remaja yang memiliki jati diri kukuh
ISI 4
CIRI-CIRI REMAJA YANG BERJATI DIRI
-mengekalkan ciri-ciri budaya Timur
-akar budaya mesti diperkukuh walaupun ranting kemajuan menjalar di hutan batu
SEBAB
-budaya orang di Timur berbeza daripada orang Barat
-mengekalkan tahap kesantunan dan kesopanan yang tinggi
-memiliki jati ciri mulia yang tidak mudah terpengaruh oleh budaya asing
CONTOH
-memakai pakaian yang kemas dan sopan kerana tidak melupakan busana tradisional
-makan dengan sopan dan santun
-menjaga imej baik keluarga
KEPENTINGAN CIRI-CIRI TERSEBUT
-melambangkan kekreatifan leluhur kita
-menghargai setiap unsur kebudayaan yang dikekalkan
KESIMPULAN
-membentuk remaja yang terus unggul dari segi luaran dan dalaman demi menghadapi arus globalisasi
-membenihkan nilai-nilai murni dalam diri untuk membaja golongan muda menjadi tonggak utama negara pada masa depan
PENUTUP

TEMA
Remaja pada zaman ini
-diuji dengan pelbagai cabaran dalam arus globalisasi
-mampu menenggelamkan mereka ke dalam sungai kebobrokan yang deras jika keimanan mereka senipis kulit bawang
-mesti berjati diri unggul dan berjiwa kental pada setiap masa
BIDANG
-jati diri orang timur tidak akan dilupakan
-menjadi kebanggaan dan keutamaan setiap penduduk, terutamanya golongan remaja
-tidak segan dipanggil “Anak Malaysia” dan tidak sekali-kali segan silu memberitahu orang asing bahawa kita bangga menjadi anak jati Malaysia
HARAPAN
-remaja akan terus mempertahankan jati diri yang kukuh
-memiliki perwatakan yang berkarisma dan berkewibawaan
-kualiti diri akan meningkat seiring kemodenan bangsa dan negara
-pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Back to Top