-->

Type something and hit enter

Pages


On
Lihat pernyataan di bawah ini dengan teliti.  Huraikan pendapat anda tentang Kebaikan Sukan Lasak.  Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Kebaikan Sukan Lasak

1  membina kekuatan fizikal
2  menguji kesabaran diri
3  memupuk semangat berpasukan
4  membina keyakinan diri

Sukan lasak seperti mendaki gunung,  ekspedisi berbasikal, dan berkayak merupakan sukan yang popular.  Sukan ini semakin digemari  oleh golongan muda di negara kita.   Pelbagai manfaat dapat diperoleh dengan membabitkan diri dalam sukan lasak.

Antara manfaatnya ialah sukan lasak dapat membina kekuatan fizikal seseorang.  Untuk bergiat aktif dalam sukan tersebut,  seseorang perlu berlatih dengan gigih bagi memperoleh kecegasan yang diperlukan.  Tanpa tahap kecergasan  yang sesuai,  seserorang itu tidak mempunyai daya ketahanan yang dituntut.

Selain itu, seseorang penggiat sukan lasak dapat menguji dan berlatih kesabaran diri.  Sebagai contohnya, seseorang pendaki gunung yang berdepan dengan halangan dalam pendakiannya mestilah bersifar sabar supaya dapat memikirkan cara untuk mengatasi halangan tersebut .  Sifat kesabaran sangat penting dalam meniti kehidupan harian kerana banyak masalah dapat diselesaikan berkat kesabaran diri.

Di samping itu,  sukan lasak juga dapat memupuk semangat berpasukan.  Sebagai contohnya,  ekspedisi mendaki gunung dan berbasikal memerlukan perancangan teliti serta persepakatan utuh untuk mencapai matlamatnya.  Tanpa nilai-nilai tersebut, pastinya sesuatu rancangan itu akan menemui kegagalan.

Seterusnya, sukan lasak juga dapat membina keyakinan diri pada diri penggiat.  Kejayaan yang diraih dengan menghabiskan sesuatu cabaran getir seperti berkayak,  berkapal layar, dna berenang maraton dapat menambah keyakinan diri seseorang peserta.  Hal ini akan mendorongnya untuk menghadapi sebarang cabaran dengan yakin.

Kesimpulannya,  generasi muda digalakkan supaya membabitkan diri dalam sukan lasak.  Melalui sukan ini, mereka dapat mempelajari cara-cara untuk bermandiri agar kelangsungan hidup dapat diteruskan dalam apa-apa keadaan sekalipun.

spm
Back to Top