KEBAIKAN MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM
Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat ini, aktiviti kokurikulum tidak lagi menjadi keutamaan pelajar-pelaar Malaysia. Ibu bapa juga lebih mengutamakan kepentingan akademik berbanding kokurikulum. Jikalau dahulu pelajar-pelajar aktif dari segi akademik mahupun kokurikulum tetapi sekarang mereka tidak memandang mahupun sebelah mata terhadap kokurikulum. Kokurikulum sangat penting sehingga pihak pihak Kementerian Pelajaran Malaysia meletakkan 10% syarat kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam daripada markah kokurikulum. Adakah usaha yang dilakukan pihak kerajaan ini masih belum membawa paradigma kepada penndidikan di Malaysia? Sebenarnya pucuk pangkal permasalahan ini berpunca daripada pelajar-pelajar yang tidak sedar untuk memajukan diri mereka dalam kokurikulum. Mereka masih "duduk di takuk lama" dan menjadi cacing kepanasan meraih simpati guru-guru untuk menambah markah.kokurikulum mereka bagi syarat kemasukkan IPTA. Persoalannya apakah kebaikan yang pelajar dapat dengan menyertai kegiatan kokurikulum? Justeru, polemik ini akan dibincangkan dan dikupas untuk kebaikan bersama.
Mari kita capahkan lensa perbincangan kita pada hari ini dalam skop yang lebih khusus di bawah kata kunci membentuk badan yang cergas. Menurut keratan akhbar Harian Metro, Malaysia berada di carta pertama negara di Asia Tenggara yang penduduknya mengalami obesiti. Hal ini kerana pelajar-pelajar menghabiskan masa mereka menjadi hamba teknologi sesudah selesai sesi persekolahan. Mereka lebih gemar bersukan melalui aplikasi permainan yang terdapat dalam telefon bimbit mereka. Tabiat yang semakin menjalar di kalangan para pelajar ini membmbangkan golongan ibu bapa. Aktiviti kokurikulum yang terdiri daripada sukan dan permainan ini bukan sahaja mengalakkan pelajar-pelajar menggerakkan anggota badan malah minda mereka. Bak kata peribahasa "badan cergas, minda cerdas." Contohnya, bola tampar, bola sepak, bola baling, bola jaring dan ping pong. Aktiviti cergas ini membantu membekalkan oksigen kepada pelajar agar mereka tidak ngantuk dan pembelajaran lebih bermakna. Justeru, aktiviti kokurikulum dapat mencergaskan badan seterusnya menghindari penyakit obesiti kerana "mencegah lebih baik dari mengubati"
Lensa perbincangan kita dibesarkan lagi pada kata kunci mengisi masa lapang. Aktiviti kokurikulum yang diadakan pada waktu petang ini mampu mengisi masa lapang pelajar-pelajar dengan aktiviti berfaedah. Pelajar-pelajar juga tidak berpeluang bergaul dengan rakan-rakan yang rosak akhlaknya. Mereka sepatutnya menghargai masa kerana "masa itu emas" dengan menyertai aktiviti berfaedah ini. Masa 24 jam yang diberikan Pencipta Alam ini boleh diisi dengan aktiviti kawad kaki, berpidato dan bersukan. Dengan ini mereka lebih menghargai dan bijak menguruskan masa. Mereka juga tidak terlalu taksub dengan gadjet-gadjet modern di zaman milenium ini. Justeru, masa para pelajar lebih berguna jika diisi dengan aktiviti kokurikulum.
Memetik wasitah nirmala seterusnya, hubungan silaturahim dapat dieratkan. Penglibatan kegiatan kokurikulum tidak terhad kepada tingkatan tertentu sahaja bahkan melibatkan sekolah lain jika terpilih mewakili sekolah. Para pelajar dapat menambah kenalan mereka apabila menyertai aktiviti ini. Mereka juga dapat bertukar-tukar ilmu pengetahuan dengan sekolah-sekolah kluster bagi mengelakkan diri menjadi "kera sumbang". Masyarakat berasa keluh-kesah kerana remaja sekarang tidak bersikap mesra alam sehingga dikhuatiri tidak dapat menempuh cabaran luar kerana kemahiran berkomunikasi yang lemah. Kegiatan kokurikulum juga membantu mengeratkan silaturahim antara kaum lain. pelajar-pelajar akan lebih mesra dan bertegur sapa dengan kaum lain kerana keunikan Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum. Oleh itu, pelajar-pelajar tidak boleh bersikap "enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing" dengan pergi ke sekolah hanya untuk belajar.
Kita teruskan topik perbincangan menggunakan minda kelas pertama bahawa kegiatan kokurikulum mampu meningkatkan kepimpinan pelajar. Hal ini kerana pelajar-pelajar berpeluang menjawat jawatan penting dalam sesebuah badan beruniform atau kelab permainan. Contohnya, jawatan pengerusi, naib pengerusi, setiausaha dan bendahari. Jawatan-jawatan ini mendidik pelajar agar lebih berdikari dalam merancang sesuatu aktiviti. Mereka akan diberi peluang mengadakan aktiviti sendiri tanpa bantuan guru. Aktiviti kokurikulum juga melatih mereka berani berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Bak kata peribahasa "banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam". Sikap pemimpin juga akan lahir dalam diri mereka. Sikap ini penting kerana para pelajar merupakan anak watan negara yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara kelak. Oleh itu, jati diri pelajar dapat dibentuk daripada jawatan yang disandang dalam aktiviti kokurikulum.
Kesimpulannya, terdapat 1001 kebaikan sekiranya pelajar menyertai kegiatan kokurikulum. Para pelajar hendaklah berusaha memajukan diri dan mengubah sikap malas yang menggunung dalam diri mereka. Mereka sepatutnya sedsr akan keperluan negara terhadap bakal pemimpin yang berkepimpinan dan cerdas minda diperlukan. Pelajar-pelajar seharusnya menyiapkan diri bagi merealisasikan Wawasan 2020 yang memerlukan pelajar cemerlang akademik dan kokurikulum. Sesungguhnya, kita tidak mahu pelajar yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, barisan pemimpin yang berkaliber dan cukup syumul menerajui negara agar malaysia "duduk sama rendah diri sama tinggi". Oleh itu, pelajar-pelajar sepatutnya menghadirkan diri dalam kegiatan kokurikulum yang menyajikan pelbagai kebaikan.