-->

Type something and hit enter

Pages


On
Sudah lama saya tidak menulis dalam blog ini. Kekangan masa dan kesibukan dengan tugasan menyebabkan blog ini terpaksa saya lupakan untuk sementara. walau bagaimanapun, dalam kesempatan pada kali ini, saya ingin berkongsi isi-isi atau idea untuk menulis karangan fakta. Pada perkiraan  saya,  hal ini dapat membantu calon-calon UPSR menghadapi peperiksaan tersebut yang akan menjelang kira-kira 2 minggu lagi.

1. Faktor-faktor / Punca-punca Kemalangan Jalan Raya

- Sikap cuai pemandu dan pengguna jalan raya
   memandu atau menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya - memandu ketika mabuk.

- Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya
   Pemandu dan penunggang motosikal gemar melanggar undang-undang - mengikut hawa nafsu-   
   contohnya memotong kenderaan lain di garisan berkembar atau selekoh berbahaya.

- Kenderaan tidak diselenggara dengan sempurna
  Sikap pemilik kenderaan yang tidak menyelenggara kenderaan dengan baik- terdapat komponen 
  kenderaan yang rosak seperti tayar dan sistem brek tidak ditukar atau dibaiki- kenderaan yang 
  dipandu tidak dapat dikawal dengan sempurna- terbabas.

- Keadaan jalan raya - rosak , berselekoh, dan berbukit
  membahayakan penunggang motosikal dan    pemandu kenderaan terutama pada waktu malam - 
  banyak kemalangan berlaku kerana faktor ini.

- Keadaan cuaca - hujan lebat.
   Jalan raya menjadi licin- pengguna tidak dapat mengawal kenderaan dengan baik- menyebabkan      kenderaan dipandu terbabas.

2. Cara- cara mengatasi kemalangan jalan raya

- Merancang perjalanan
  Pemandu dan penunggang  yang merancang perjalanan tidak akan terburu-buru   - mereka dapat 
  memandu dan menunggang dengan tenang dan berhemah

-Memeriksa keadaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan
 Mengelakkan kenderaan mengalami kerosakan ketika berada di atas jalan raya- membaiki, menukar    dan meyelenggara terlebih dahulu komponen kenderaan yang rosak.

-Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan jalan raya
 Pihak polis dan Jabatan Penangkutan Jalan perlu menyaman dan mendenda pengguan jalan raya  yang melanggar peraturan.- denda dan saman akan memberikan pengajaran kepada para pesalah-  serik untuk melakukan kesalahan.

- Pihak bertanggungjawab perlu membaiki kerosakan jalan raya
  jalan raya yang rosak atau berlubang perlu dibaiki segera- jalan raya yang rosak dan tidak
  sempurna akan menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan dengan baik- kenderaan 
  terbabas.

3.Punca-punca pencemaran alam

- Penggunaan bahan kimia seperti baja dan racun serangga dalam sektor pertanian secara 
   berleluasa.  menyebabkan pencemaran air- aliran air hujan membawa sisa-sisa bahan kimia ke
   dalam sungai.

- Perlepasan asap ke udara oleh kenderaan bermotor, kilang, dan pembakaran terbuka
   Gas karbon monoksida mencemarkan udara- menjejaskan kesihatan kesihatan kita

- Pelepasan sisa toksik ke sungai
  - Pemilik kilang memgambil sikap mudah- melepaskan sisa toksik secara terus ke sungai atau
    longkang besar - sisa tosik perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dialirkan ke longkang.

 - Membuang sampah di merata-rata

   - orang ramai gemar membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya- contoh di jalan raya dan        ke dalam sungai - menyebabkan sungai tercemar.

4. Cara-cara mengatasi pencemaran alam

    - Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor-  orang ramai perlu berkongsi kereta atau 
      menggunakan pengankutan awam.

    - mengitar semula bahan buangan - Bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti tin   
       aluminium, surat khabar  dan botol plastik - dapat menurangkan kuantiti bahan   buangan.

    - Mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka dan perlepasan asap industri -  dapat 
       mengurangkan pencemaran udara dengan gas karbon monoksida

   - Meningkatkan kempen kesedaran seperti kempen Sayangi Alam, Hargai Sungai , dan   
      sebagainya -       melalui media massa dan media sosial

     - menguatkuasakan  undang-undang - pihak berkuasa perlu mendenda atau menghukum pihak          yang sewenang-wenangnya mencemarkan alam- mendidik masyarakat agar bersama-sama 
       menjaga alam sekitar.

5. Cara-cara menjaga kesihatan

     - Makan makanan berkhasiat - elakkan memakan makanan segera - mengandungi banyak bahan         kimia - menjejaskan kesihatan tubuh badan dalam jangka panjang.

    - Menjaga kebersihan persekitaran - mengelakkan pembiakan haiwan dan serangga pembawa 
       penyakit - tikus, lalat dan nyamuk.

   - Menjaga kebersihan pakaian dan tubuh badan - mengelakkan penyakit kulit - panau, kudis, 
     dan  kurap.

   - Berjumpa doktor sekurang-kurangnya 6 bulan sekali - memeriksa tahap kesihatan- mendapat         rawatan awal sesuatu penyakit.

Sekian dahulu, semoga berfaedah.
Back to Top