KARANGAN UPSR BAHAGIAN B FORMAT BAHARU 2016
Panduan umum
Soalan Bahasa Melayu Kertas 2 Penulisan terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu A,B, dan C. Pada kali ini penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak corak soalan dan cara menjawab bahagian B. Hal ini kerana, dalam tulisan yang terdahulu penulis telah membincangkan penulisan bahagian A (membina lima ayat lengkap), dan penulisan bahagian C (Karangan umum).
Sebenarnya, penulis dari awal lagi berniat menulis contoh-contoh karangan bahagian C sahaja iaitu karangan umum, dan itulah yang menjadi fokus blog ini. Walau bagaimanapun, penulis merasakan tiada masalah jika sedikit sebanyak dan sekali sekala penulis berkongsi bahagian-bahagian lain dalam kertas penulisan Bahasa Melayu.
Soalan bahagian B terdiri daripada satu soalan (tiada pilihan) yang wajib dijawab . Bahagian ini calon perlu menulis sebuah ulasan dalam bentuk perenggan yang terdiri daripada 50 hingga 80 patah perkataan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. Bahan rangsangan pula boleh terdiri daripada bahan grafik dan bukan grafik
Bahan grafik boleh terdiri daripada peta minda, graf, poster, iklan, carta dan sebagainya. Bahan bukan grafik pula boleh terdiri daripada petikan cerita, surat kiriman, laporan, berita, dialog dan sebagainya.
Untuk menjawab bahagian ini calon perlu:
a. Memerhatikan atau membaca bahan rangsangan dengan teliti dari segenap aspek samada yang
tersurat atau tersirat.
b. Menulis rumusan dalam bentuk perenggan yang terdiri daripada 2, 3, atau 4 perenggan
berdasarkan isi yang diperoleh dari bahan rangsangan. Dalam hal ini, pada pendapat penulis ulasan yang terdiri daraipada 3 atau 4 perenggan adalah sesuai.
c. Calon perlu memberikan pendapat atau komentar dan membuat tafsiran kandungan bahan.
d. Secara umumnya, calon perlu menulis sebaris dua ayat sebagai pendahuluan pada perenggan yang pertama. Pada perenggan yang kedua calon perlu menulis ulasan, dan perenggan yang ketiga
merupakan penutup ulasan.
e. Calon perlu menyisipkan nilai murni/ amalan baik/ pengajaran /mesej yang diperoleh daripada bahan rangsangan pada bahagian penutup.

Contoh Soalan:
Rajah di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran alam.
Tulis ulasan tentang tentang punca pencemaran alam dalam bentuk perenggan
Pencemaran alam semakin mengancam kehidupan seharian kita. Banyak punca yang menyumbang kepada berlakunya pencemaran alam.
Penebangan hutan secara berleluasa
untuk pembalakan atau pertanian adalah salah satu punca berlakunya
pencemaran alam. Selain itu, pembakaran terbuka juga menjadi punca
berlakunya pencemaran alam. Asap daripada pembakaran terbuka boleh
menyebabkan berlakunya jerebu yang mengancam kesihatan kita. Selain itu,
asap daripada kenderaan bermotor juga menyebabkan udara tercemar.
karbon monoksida yang dilepaskan oleh kenderaan bermotor amat berbahaya
kepada kita. Kilang-kilang
perusahaan juga menjadi punca pencemaran alam. Sebagai contoh,
kilang-kilang ini membuang sisa toksik ke dalam sungai atau longkang.
Hal ini menyebabkan berlakunya pencemaran air.
Kesimpulannya, kita perlu bekerjasama mengatasi masalah pencemaran alam ini demi kesejahteraan hidup kita.