Contoh Karangan SPM
Amalan Membaca dapat melahirkan generasi yang berjaya. Bincangkan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.
Membaca jambatan ilmu. Itulah ungkapan yang sering menjadi halwa telinga kita dalam menjelaskan kepentingan membaca. Sememangnya amalan membaca itu menjadi tali yang menghubungkan seseorang dengan pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Membaca dapat menambahkan ilmu dan keyakinan seseorang untuk berhadapan dengan dunia realiti. Namun begitu, amat menyedihkan apabila kajian yang dibuat menunjukkan majoriti masyarakat Malaysia hanya tiga buah buku sahaja setahun. Amalan membaca sepatutnya menjadi suatu budaya dalam lapisan masyarakat tanpa mengira agama ataupun bangsa seseorang. Oleh itu, dalam merealisasi hasrat murni ini, peranan ibu bapa sangat ditagih. Persoalannya , apakah peraran ibu bapa dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak ?
Ibu bapa ialah suri teladan utama kepada anak-anak. Ibu bapa mesti mendidik dan menanam minta membaca dalam kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Unt uk itu, ibu bapa hendaklah menerapkan amalan membaca dalam kehidupan seharian. Ibu bapa hendaklah membudayakan amalan mulia ini di hadapan anak-anak di samping mengajak mereka membaca bersama-sama. Tindakan segelintir ibu bapa yang selalu membacakan buku cerita kepada anak-anak kecil mereka sebelum tidur pada waktu malam wajar dipuji kerana amalan ini tanpa disedari boleh memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kedua-dua ibu bapa jugaperlu membimbing anak-anak untuk memilih bahan bacaan yang bermutu dan sesuai dengan usia mereka.
Dalam usaha menjadikan amalan membaca sebagai budaya dalam kalangan anak-anak, ibu bapa haruslah bersedia membuat sedikit pelaburan dengan membeli bahan bacaan yang mencukupi untuk anak-anak. Walaupun pelaburan ini tidak menampakkan keuntungan dalam jangka masa pendek, namun dalam jangka masa panjang pelaburan ini cukup menguntungkan. Hal ini dikatakan demikian kerana ,anak-anak yang gemar membaca akan mempunyai pemikiran yang matang di samping melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam bidang akademik. Secara tidak langsung, tindakan ini seolah-olah menjadi serampang dua mata dalam usaha melahirkan anak-anak yang cemerlang. Bahan bacaan yang boleh menjadi pilihan ibu bapa untuk tatapan anak-anak ialah bahan bacaan ilmiah dan majalah seperti Asuh, e-Baca, Kawan dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa boleh membeli akhbar perdana setiap hari seperti akhbar Berita Harian dan Utusan Malayisia supaya anak-anak dapt membaca berita utama setiap hari sebagai persediaan untuk menjawab soalan karangan bahagian A dan B. Seelok-eloknya, ibu bapa melanggan surat khabar harian dan majalah-majalah seperti ini pada setiap bulan.
Untuk menanam minat membaca dalam kalangan anak-anak, ibu bapa juga sewajarnya menyediakan ruang yang selesa di rumah sebagai tempat membaca. Bagi yang berkemampuan, mereka boleh menyediakan sebuah bilik yang dilengkapi dengan kerusi dan meja yang selesa serta pendingin hawa. Bilik yang kondusif seperti ini mampu mencetus minat yang lebih baik kepada anak-anak untuk membaca. Mereka juga boleh belajar dan mengulang kaji pelajaran di bilik ini. Ibu bapa yang kurang berkemampuan pula boleh menyediakan satu sudut atau bilik khas yang jauh daripada ruang menonton televisyen agar tumpuan anak-anak ketika membaca tidak akan terganggu. Dengan adanya bilik atau tempat khusus untuk membaca ini dan ditambah pula dengan susulan buku yang pelbagai genre di dalam bilik tersebut akan melahirkan suasana seperti sebuah perpustakaan di rumah sendiri yang mampu menarik minat semua orang untuk membaca.
Perpustakaan merupakan khazanah ilmu. Kunjungan seseorang ke perpustakaan akan membuka nafsu mereka untuk membaca. Oleh itu, dalam hal ini ibu bapa sewajarnya menetapkan satu hari pada setiap bulan untuk membawa anak-anak berkunjung ke perpustakaan awam. Anak-anak perlu dibiasakan dengan gedung ilmu ini kerana selain membaca, ibu bapa juga boleh membantu anak-anak meneroka pelbagai ilmu yang dapat diperoleh melalui buku-buku di perpustakaan. Anak-anak akan mempunyai pilihan untuk memilih bahan-bahan yang diminati. Sebenarnya, kunjungan ke perpustakaan selain dapat terus memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak, kunjungan ini juga dapat menjimatkan belanja ibu bapa kerana tidak perlu membeli buku untuk di baca oleh anak-anal sebaliknya hanya meminjam sahaja daripada perpustakaan.
Akhir sekali, ibu bapa dapat menggalakkan anak-anak membaca dengan memberi hadiah dan ganjaran. Hadiah dan ganjaran mungkin dalam bentuk barangan atau wang ringgit. Ganjaran yang dijanjikan ini akan memberi motivasi dan galakan kepada anak-anak dan seterusnya menjadi tarikan untuk mereka membaca. Anak-anak di minta membaca buku atau bahan bacaan lain sebanyak mungkin dalam tempoh sebulan.Mereka perlu bersaing antara adik-beradik untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan oleh ibu bapa. Persaingan ini sangat sihat kerana mereka akan memdapat pelbagai ilmu dan maklumat yang buku yang di baca di samping hadiah yang bakal diberikan oleh ibu bapa mereka.
Hakikatnya , budaya membaca banyak mendatangkan manfaat. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu proaktif dalam usaha menggalakkan anak-anak membaca. Walaupun sesibuk mana, ibu bapa perlu meluangkan sedikit masa untuk menemani dan membaca bersama-sama dengan anak. Pepatah bapa borek anak rintik memberi gambaran kepada umum bahawa anak-anak akan mengikut semua tindakan yang dibuat oleh ibu bapa mereka. Jadi, ibu bapa hendaklah menjadikan amalan mulia ini sebagai ikutan anak-anak.