CONTOH KARANGAN SPM
KARANGAN DIMENSI MASYARAKAT -CARA-CARA MENGAWAL PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Penggunaan media sosial amat popular di Malaysia. Media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApps dan My Space mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kecanggihan teknologi dunia tanpa sempadan sukar membendung angkara negatif di sebaliknya.
Terangkan cara-cara mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat.
Dalam meniti arus pemodenan yang mencabar akal dan minda,kita sering kali dikaitkan dengan penggunaan media sosial yang kian meluas di segenap empat penjuru dunia yang juga menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Blog,rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, WeChat, Skype, Viber dan WhatsApps adalah antara contoh medium penting yang terdapat dalam aplikasi media sosial. Media sosial ini menjadi wahana bagi setiap lapisan masyarakat dunia untuk kekal berhubung dengan kenalan, sahabat handai dan keluarga yang berjauhan. Menurut Wikipedia, iaitu ensiklopedia bebas yang tersohor mentakrifkan media sosial adalah sejenis wahana yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Menurut sumber yang dipetik daripada persatuan Digital Malaysia ( MDA ), pada bulan Oktober 2010 sahaja mencatatkan bahawa Facebook merupakan media sosial paling popular dalam kalangan lapan juta rakyat Malaysia yang menggunakannya. Anggota komuniti yang paling popular adalah antara 15 hingga 30 tahun. Belakangan ini, isu membabitkan media sosial hebat diperkatakan apabila media sosial itu dilihat sebagai ancaman keselamatan terhadap masyarakat dan negara. Hal ini disebabkan kewujudan golongan tidak bertanggungjawab yang menjadikan media sosial sebagai wadah untuk memfitnah, menipu, menyamar menjadi individu tertentu bagi tujuan menjatuhkan reputasi seseorang dan menarik perhatian dengan membangkitkan isu sensitif seperti agama, budaya dan kaum. Pelbagai persoalan terus menghantui minda kita apabila berbicara tentang penyalahgunaan media sosial. Persoalannya ialah apakah cara-cara untuk mengawal penyalahgunaan media sosial dalam masyarakat? Siapakah yang sebenarnya wajar memikul dan menggalas tugas-tugas untuk mengawal penyalahgunaan media sosial? Seharusnya media sosial dipantau oleh pelbagai pihak daripada jari-jari yang tidak bertanggungjawab ini.
Suatu hakikat yang tidak dapat diketepikan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat ialah peranan yang dimainkan oleh setiap individu. Dalam ilmu sosial, individu bererti bagian terkecil dari kelompok masyarakat yang tidak dapat dipisahkan lagi menjadi bagian yang lebih kecil. Persoalan yang menerawang dalam benak kita ialah bagaimanakah individu itu boleh mengawal penggunaan media sosial? Pada zaman yang serba canggih ini, keimanan dan jati diri perlu ada dalam diri setiap individu untuk mengawal penggunaan media sosial. Jari jemari amat mudah untuk menari-nari pada papan kekunci menaip apa-apa sahaja yang ada di fikiran, apatah lagi mudah sangat untuk mengetuk peranti pintar yang dimiliki. Tanpa kita sedar ada kalanya bait-bait tulisan itu mengundang provokasi atau banyak dusta daripada benarnya umpama baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. Setiap individu perlulah menggunakan media sosial dengan bijak sebagai penambah timbangan pahala agar tidak menimbulkan perkara yang sensitif yang membawa kepada permusuhan. Seseorang individu itu juga perlulah berdisiplin dalam melayari media sosial agar tidak terleka dengan keasyikan dunia alam maya yang disajikan. Tugas hakiki seharian perlu dilunaskan terlebih dahulu seperti mengulang kaji pelajaran bagi seorang yang bergelar murid dan melakukan tugas rutin seharian bagi orang dewasa persis masa itu emas iaitu media sosial tidak seharusnya menjadi peneman sepanjang 24 jam sehingga melupakan hubungan sosial secara bersemuka bersama keluarga dan teman-teman. Berdasarkan statistik terkini di laman Statistik menyatakan bahawa penggunaan harian media sosial oleh pengguna Internet secara global telah mencecah 106.2 minit sehari berbanding 103.2 minit sehari pada 2014. Pada 2016 pula, pengguna media sosial sedunia dijangkakan mencecah dua bilion. Persatuan Digital Malaysia menyatakan bahawa pada bulan Oktober 2010 sahaja mencatatkan bahawa laman web sosial Facebook merupakan laman web paling popular dalam kalangan lapan juta rakyat Malaysia. Seseorang individu itu boleh mengurangkan masa mengakses media sosial dengan menyibukkan diri melakukan sesuatu pekerjaan seperti melakukan aktiviti beriadah yang boleh menyihatkan badan dan mencerdaskan minda seperti bersukan, berkelah sambil merapatkan saf kekeluargaan dan bergotong-royong sambil membasmi nyamuk Aedes dan mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga dan mewujudkan perpaduan berbilang kaum ibarat bersatu kita teguh,bercerai kita roboh. Setiap individu memikul amanah terhadap diri sendiri bersesuaian dengan kata-kata daripada Hamka iaitu seorang ulama, sasterawan, sejarawan dan ahli politik Indonesia yang mengungkapkan kata-kata puitis untuk renungan kita bersama berbunyi kecantikan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Tegasnya, tepuk dada tanya selera masing-masing sama ada seseorang individu itu mahu menjadi seorang yang berguna dengan mengaut ilmu sebanyak mungkin menggunakan media sosial atau sebaliknya menyalahgunakannya untuk perkara-perkara yang tidak baik.
Kupasan dan huraian tentang media sosial tidak harus ada titik noktahnya. Maka sebagai meneruskan kesinambungan kupasan, moleklah andai kata ditinjau pula dari aspek peranan ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak. Persoalan yang bermain dalam minda kita ialah bagaimanakah ibu bapa dapat memainkan peranan untuk membendung penyalahgunaan media sosial dalam kalangan anak-anak? Pemikir tersohor dan tokoh ilmuwan yang disegani di negara kita, Profesor diraja Ungku Aziz pernah menyatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka. Nah, sudah terang lagi bersuluh fungsi primer ibu bapa iaitu sebagai profesor pertama bagi anak-anak! Ibu bapa perlulah memantau setiap perkara yang dilakukan oleh anak-anak ketika mereka mengakses media sosial. Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu menggelakkan anak-anak daripada mengakses laman sesawang yang berunsurkan pornografi, mahupun melakukan jenayah siber seperti mencetak rompak bahan media, mencetuskan provokasi atau menggodam laman sesawang. Ibu bapa juga boleh menjadi mata dan telinga umpama sambil menyelam minum air iaitu dengan menjadi rakan dalam laman sesawang Facebook, WhatsApps, Instragram dan sebagainya bagi mengetahui perjalanan pelayaran kembara anak-anak dalam media sosial. Ibu bapa yang menjadi rakan dalam alam maya anak-anak akan dapat mengetahui 1001 rahsia anak-anak dari segi emosi, perlakuan, kesukaan, perasaan, cita-cita dan mengenali rakan-rakan anak mereka. Ibu bapa boleh menjadi rakan paling akrab dan mesra kepada anak-anak mereka apabila memahami naluri anak-anak. Sudah pasti anak-anak yang tahu kasih sayang dan cakna orang tua mereka tidak tergamak untuk menconteng arang ke muka ibu bapa mereka dengan melakukan penyalahgunaan dalam media sosial. Pada masa yang sama, ibu bapa juga perlulah mengehadkan masa penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak. Sebagai contoh yang bersesuaian dengan situasi di atas, anak-anak hanya dibenarkan untuk mengakses media sosial dengan pemantauan daripada ibu bapa selama satu jam sehari. Mungkin anak-anak ingin mendapatkan info daripada guru, rakan-rakan atau mengakses Internet untuk bahan rujukan pembelajaran. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang agar tidak terjebak dalam kancah negatif. Anak diibaratkan sehelai kain putih, maka menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap mendung awan di langit. Ibu bapa harus mengambil alternatif yang lain persis meletakkan komputer di ruangan yang terbuka sama ada di ruang tamu atau di sudut-sudut yang boleh dilihat oleh ibu bapa. Ibu bapa tidak boleh terlepas pandang daripada memerhatikan anugerah terindah ini lagi-lagi di zaman dunia tanpa sempadan dan segala maklumat baik buruk hanya di hujung jari sahaja. Setegas-tegasnya dinyatakan bahawa ibu bapa seyogialah memainkan peranan yang dominan untuk melahirkan anak-anak yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka dan bukan anak-anak yang bobrok dan kaya dengan pidana termasuk jenayah di media sosial.
Paparan demi paparan berita tentang penggunaan media sosial yang sering menjadi hiasan media arus perdana, nyata perlu dijadikan agenda penting oleh pihak sekolah. Sekolah diumpamakan sebagai gedung ilmu bagi insan-insan yang dahagakan ilmu pengetahuan. Mengambil sumber benar lagi tepat daripada Kamus Dewan (edisi keempat) mendefinisikan sekolah sebagai tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Persoalan yang bermain-main di minda kita ialah bagaimanakah sekolah boleh menjadi institusi yang mengawal penggunaan media sosial? Bertepatan dengan maksudnya, murid menerima pelajaran secara formal meliputi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Guru-guru di sekolah memainkan peranan penting dengan menasihati murid agar menjadi insan yang bermoral dah bersahsiah terpuji dengan menjauhi perkara-perkara mungkar bersangkut paut dengan penyalahgunaan media sosial. Guru mata pelajaran Pendidikan Islam boleh membuktikan hukum penyalahgunaan media sosial dengan dalil Al-Quran manakala guru mata pelajaran Pendidikan Moral boleh menyenaraikan beberapa nilai seperti nilai amanah, harga diri, rasional dan bertanggungjawab. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata jumlah capaian Internet di negara ini mencecah 70.2 peratus dengan purata seseorang melayari laman sesawang ialah empat jam 30 minit sehari. Tidak mustahil 70.2 peratus itu termasuk penggunaan Internet oleh mereka yang masih memakai uniform sekolah. Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah memang bertepatan dengan peribahasa lama yang menyatakan ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Budaya buli, gengsterisme dan perlakuan tidak senonoh yang menjadi tular dalam kalangan murid sekolah begitu menyesakkan nafas pihak sekolah. Imej sekolah tercalar,apatah lagi air muka ibu bapa mereka yang melakukan perkara mungkar dan tersebar dalam media sosial yang boleh disaksikan seantero dunia. Pihak sekolah mengikut hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah selaras dengan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1959) boleh mengambil tindakan dengan Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah, Hukuman Dera (Corporal Punishment), Penahanan (detention) dan Amaran. Unit Kaunseling dan Unit Disiplin di sekolah juga boleh berganding bahu mengadakan kem motivasi, pameran dan kempen kesedaran untuk murid tentang penggunaan media sosial. Pendedahan dari segi rohani dan jasmani boleh membentuk murid yang celik IT dan mengelakkan murid menjadi ketagihan media sosial. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pihak sekolah memainkan peranan penting mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan murid-murid di sekolah agar tidak menjadi kudis bernanah yang merosakkan masyarakat, bak peribahasa Melayu yang amat berharga iaitu sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sebelum nasi menjadi bubur, ada baiknya segala masalah media sosial dikekang sejak di bangku sekolah lagi sebelum membarah dalam masyarakat.
Populariti media sosial ini tidak dapat disangkal lagi oleh mana-mana pihak.Masyarakat sendiri perlu bertindak pantas untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan mereka. Setiap anggota masyarakat harus menjunjung tinggi sikap bekerjasama dan bertoleransi yang menjadi senjata utama untuk mengawal penggunaan media sosial. Menurut Kamus Dewan (edisi keempat) yang benar lagi sahih mendefinisikan masyarakat sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Persoalan yang berlegar-legar dalam minda kita ialah bagaimanakah seluruh masyarakat Malaysia dapat berganding bahu dan saling mendepani penggunaan media sosial bak peribahasa Melayu yang tak jemu diucap selalu iaitu yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing? Adakah masyarakat kita ambil peduli tentang permasalahan ini atau hanya menutup mata dan memekakkan telinga masing-masing? Statistik yang diambil daripada akhbar arus perdana iaitu Utusan Malaysia melaporkan bahawa menurut laman web Internet Lives Stars seramai tiga bilion atau 40 peratus daripada penduduk dunia menggunakan Internet. Di Malaysia terdapat hampir 20 juta atau 67 peratus rakyat menggunakan Internet dan lebih daripada 15 juta orang mengakses Facebook. Ayuh, bangkitlah semua! Masyarakat perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan melaporkan kepada pihak polis jika terdapat penyalahgunaan media sosial. Masyarakat di kawasan komuniti masing-masing boleh mengadakan kempen kesedaran tentang media sosial kepada remaja atau golongan belia. Kempen kesedaran ini boleh diadakan di dewan serba guna yang gah tersergam dibina di setiap kawasan perumahan, di balai raya atau di rumah-rumah ibadat seperti masjid. Forum atau tazkirah santai berkenaan cara penggunaan media sosial yang betul pasti menarik perhatian golongan belia yang sinonim dengan minat mereka. Melalui forum, bual bicara atau tazkirah santai tersebut boleh diselitkan dengan pengenalan aplikasi-aplikasi canggih yang secara tidak langsung masyarakat itu sendiri dapat membuka minda golongan muda ini untuk menerokainya dan menjauhi jenayah siber. Masyarakat juga boleh menggunakan media sosial seperti Facebook, WhatsApps atau Instagram untuk mengajak setiap ahli komuniti melakukan sesuatu yang memberi impak positif seperti berniaga dalam talian dan bertukar-tukar idea atau info tentang resipi masakan bagi kaum ibu atau info pelajaran bagi mereka yang bergelar pelajar . Setiap individu di muka bumi ini merupakan khalifah yang tugasnya menyeru semua orang berbuat kebaikan dan bukannya memukul canang menabur fitnah dan menyebarkan berita palsu melalui media massa. Masyarakat juga hendaklah berfikir sejenak dan tidak cepat melatah menerima sesuatu berita itu tanpa menganalisis dengan bijaksana. .Oleh yang demikian, jelaslah bahawa masyarakat berperanan penting dalam mengawal penggunaan media sosial bersesuaian dengan peribahasa buat air kerana muafakat, bulat manusia kerana muafakat. Maka masyarakat hendaklah saling menggembleng tenaga untuk mengawal penggunaan media sosial.
Sebagai akhir kalam, pihak kerajaan merupakan tonggak utama dalam mengawal penggunaan media sosial. Statistik yang diambil daripada Koleksi Rencana Umum Untuk Rujukan Karangan SPM & STPM yang ditulis oleh Hj. Samat bin Buang menyatakan bahawa Malaysia mencatatkan sebagai 13 negara paling aktif dalam jenayah siber di seluruh dunia. Sebenarnya dalam konteks jenayah siber, banyak sudah berlaku kes penipuan dalam talian sejak lima hingga tujuh tahun kebelakangan ini apabila wujud kes-kes seperti “Love Scam, Parcel Scam dan Online Scam yang menyaksikan penjenayah boleh mengakses akaun peribadi seseorang mangsa. Modus operandi yang digunakan oleh penjenayah siber ini ialah menyamar sebagai wakil Bank Negara kononnya akaun mereka dibekukan dan meminta mangsa memindahkan wang ke dalam akaun lain yang lebih selamat. Pertanyaan yang muncul dalam benak kita ialah bagaimanakah kerajaan dapat mengawal penyalahgunaan media sosial dalam kalangan masyarakat? Pihak polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal berhadapan cabaran lebih hebat pada masa akan datang berikutan pelbagai taktik baharu perlakuan jenayah siber. Antara undang-undang yang sudah sedia wujud di Malaysia bagi mengawal selia segala yang berlaku dalam dunia siber ialah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), dan Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563). PDRM boleh berkolaborasi dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diterajui oleh Datuk Sri Salleh Said Keruak untuk mengambil tindakan tegas kepada seseorang yang menyalahgunakan rangkaian media sosial untuk menyebar berita palsu, lucah, mengancam keselamatan dengan niat menyinggung perasaan, menganiaya, menggugat atau mengganggu orang lain. Mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika didapati bersalah boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. Janganlah kita hanya bertindak setelah keadaan sudah menjadi parah. Portal-portal berita yang merasakan mereka kebal dan bebas untuk melakukan fitnah dan tohmahan serta memutarbelitkan sesuatu berita perlu diajar memahami undang-undang. Sekarang masa untuk bertindak bagi mengelakkan yang benar dianggap batil, yang batil dianggap benar, fitnah diiktiraf sebagai bukti dan tohmahan dijamah setiap hari. Rakyat semestinya tanpa ragu-ragu menjunjung tinggi prinsip undang-undang negara di mana-mana sahaja mereka berada, bak kata peribahasa Melayu zaman berzaman iaitu di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung. Tidak manis kiranya tindakan undang-undang diambil sebelum diberikan penerangan dan kempen kesedaran tentang kesan buruk penyalahgunaan media sosial kepada masyarakat. Oleh itu mengambil pendekatan pendidikan perlu sejak awal usia lagi, program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan suatu program yang bertepatan untuk menyemai jati diri, nilai murni yang tinggi dan taat kepada agama, bangsa dan negara selari dengan laungan slogan ‘Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Besarnya harapan menggunung terpikul di pundak muda-mudi generasi pelapis memimpin negara tercinta. Oleh itu sudah semestinya mereka iaitu generasi muda yang bakal menerajui negara sifar daripada penyalahgunaan media sosial. Jelaslah bahawa pihak kerajaan merupakan peneraju gemilang terhadap sesebuah negara berperanan menjaga keharmonian dan keamanan negara melalui kempen kesedaran dan undang-undang yang tegas bagi mengawal penyalahgunaan media sosial.
Sebagai melabuh tirai perbincangan tentang mauduk mengawal penggunaan media sosial telah dikupas dengan mendalam. Hal ini tidak akan menemui kejayaan jika tiada sokongan padu daripada pelbagai pihak. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu bahu membahu dan bergandingan tangan untuk merealisasikan mengawal penggunaan media sosial demi keharmonian dan kemajuan negara serta membentuk masyarakat yang celik IT, berinovasi dan bermaklumat seiring dengan lagu Keranamu Malaysia.
Alam siber teknologi terkini,
Kejayaan semakin hampiri,
Biar di kota ataupun desa,
Kita semua pasti merasa bangga.
Persatuan Digital Malaysia menyatakan bahawa pada bulan Oktober 2010 sahaja mencatatkan bahawa laman web sosial Facebook merupakan laman web paling popular dalam kalangan lapan juta rakyat Malaysia.
Sumber Blog Dr. Tan CL