SOALAN
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tema novel tersebut. (8 markah)
JAWAPAN
Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu novel Tirani karya Beb
Sabariah, novel tersebut bertemakan kegigihan seorang wanita dalam
menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.
Tema tersebut dapat dibuktikan dengan Waheeda yang gigih dalam
mengembangkan sayap perniagaannya terserlah apabila dia berani membuat
pinjaman baharu untuk memberli Chalet Iwana-Iwani yang terletak di
Cameron Highlands dan menukarkan namanya kepada Chalet Aya-Sajinah.
Selain itu, Waheeda juga gigih dalam mempertahankan hubungan
persahabatannya dengan Bazilah. Waheeda gigh dan bijak berdepan dengan
sikap cemburu sahabat baiknya, Bazilah akan hubungan baiknya dengan
tunangnya iaitu Dr. Zahari.
Seterusnya, tema ini juga dapat dibuktikan melalui kegigihan Waheeda
yang mengharungi liku-liku pahit dan manis dalam alam rumah tangganya
bersama-sama dengan Zahid sehingga memperoleh seorang cahaya mata
perempuan. Akhirnya, bahtera perkahwinan yang dibina ini berakhir dengan
perceraian kerana sikap cembura buta Zahid. Namun begitu, Waheeda gigih
membesarkan anak perempuannya itu sehingga dia memperoleh ijazah dari
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
TEMA NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Tema – semangat kepahlawanan askar Melayu dalam mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh orang asing.
Huraian
1. Leftenan
Adnan, atau nama sebenarnya Adnan bin Saidi sanggup berjuang
bermati-matian hingga titisan darah terakhir demi mempertahankan bumi
tercinta daripada ditakluki oleh tentera
2. Ketika
tentera Jepun melancarkan serangan di Jurong, pertahanan British
semakin tidak kuat kerana banyak tenteranya keletihan dan ketakutan. Hal
ini berbeza dengan askar Melayu yang masih bersemangat. Mereka tiada
pilihan lain kerana Tanah Melayu merupakan tanah air mereka.
3. Askar-askar yang bertugas mengawal kubu Pasir Panjang sentiasa berjaga-jaga walaupun sudah beberapa hari tidak makan dan minum. Pada waktu pagi, tentera Jepun telah datang ke kawasan
pertahanan mereka. Tentera Jepun mahu Leftenan Adnan menyerah tetapi Leftenan Adnan berkeras
ingin mempertahankan kubu Pasir Panjang. Oleh itu, tentera jepun telah membedil kubu itu melalui
udara. Askar Melayu dan Leftenan Adnan telah memberikan tentangan hebat kepada tentera Jepun
sehingga mereka gagal menembusi benteng pertahanan askar Melayu. Kekalahan ini menyebabkan
Jeneral Yamashita semakin marah dan malu.