-->

Type something and hit enter

Pages


On
Contoh Karangan SPM

Implikasi Penggunaan Telefon Bimbit Terhadap Pelajar Di Sekolah

    Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik marcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja dan murid sekolah rendah turut mengikut jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar? Oleh hal yang demikian, implikasi baik dan buruk yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

    Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah. Pelajar dapat berinteraksi dengan orang lain di segenap empat penjuru dunia pada bila-bila masa kerana segalanya di hujung jari. Selain itu, pelajar juga boleh menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau Khidmat Pesanan Multimedia (MMS). Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di Rusia dapat menghubungi keluarganya yang berada di Malaysia dengan menggunakan telefon bimbit. Sekiranya mahasiswa tersebut tidak mempunyai telefon bimbit, dia terpaksa menggunakan telefon awam di luar negara untuk menelefon ahli keluarganya. Intihanya, kita perlu mengapresiasikan penggunana telefon bimbit kerana afdal untuk mengukuhkan hubungan.

    Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah penggunaan telefon bimbit juga menimbulkan impak negatif. Seyogianya pelajar perlu mengurangkan penggunakan telefon bimbit kerana penggunaan telefon bimbit merupakan pembaziran. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang juga ingin mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila melihat kawan lain juga memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung bil telefon yang mahal kerana kerap menelefon dan berbualbual dengan kawan walaupun mengetahui kadar bayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata pepatah melayu,”ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Oleh itu, pelajar harus mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran.

    Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan pelajaran mereka. Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan. Mereka sering menghantar mesej kepada kawan untuk perbualan kosong. Selain itu, kita acapkali tersentak dengan masalah “pasangan” yang berlaku di bangku sekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian untuk belajar tetapi leka dengan permainan video. Mereka juga terpaksa menanggung risiko kehilangan telefon bimbit. Konklusinya, pelajar tidak mementingkan pelajaran seandainya mereka mempunyai telefon bimbit.

    Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon bimbit juga akan menjejaskan kesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan telefon bimbit seperti perkhidmatan telefon, GPRS(General Packet Radio Service), khidmat pesanan ringkas (Short Message Service, SMS), khidmat pesanan multimedia (Multimedia Message Service, MMS), dikenakan bayaran. Hal ini menyebabkan sesetengah pelajar sanggup mengikat perut dan berlapar untuk membayar bil telefon bimbit. Mereka telah menyalahgunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa mereka. Selain itu, telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa kita menjawab telefon dan akan mengganggu fungsi saraf otak sehingga menyebabkan barah atau kanser. Tuntasnya, pelajar sepatutnya tidak menggunakan telefon bimbit. Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

    Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan lebih banyak kesan buruk daripada kesan baik. Pelajar seyogianya memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak secara berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk membasmi masalah yang timbul ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan remaja yang berwawasan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

    Era digital ini, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa. Menurut Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, secara purata, seorang rakyat Malaysia kini memiliki dua buah telefon bimbit. Statistik tersebut jelas menunjukkan bahawa telefon bimbit sememangnya menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita. Barubaru ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan kebenaran kepada pelajar sekolah untuk membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun hadapan. Pengumuman tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan ibu bapa dan guru. Hal ini demikian kerana terdapat implikasi-implikasi negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid di sekolah.

    Pertama sekali, pembawaan telefon bimbit ke sekolah akan meningkatkan kes kecurian di sekolah. Pelajar-pelajar sekolah sering menjadikan telefon bimbit sebagai lambang status diri mereka. Oleh itu, kebanyakan pelajar suka membeli telefon bimbit yang berharga tinggi. Namun begitu, terdapat segelintir pelajar yang panjang tangan dan mengambil kesempatan ini untuk menjalankan „operasi‟ mereka. Lebih membimbangkan lagi apabila terdapat pelajar yang sanggup mengugut dan merompak pelajarpelajar yang lebih muda daripada mereka. Keadaan ini akan meningkatkan kes buli dan seterusnya membebankan guru-guru disiplin.

    Selain itu, pembelajaran di dalam kelas juga akan terganggu jika pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Hal ini demikian kerana pelajar kni sering gemar menghantar pesanan melalui sistem pesanan ringkas malah „berbual‟ dengan rakan-rakan mereka secara maya. Keadaan ini bertambah buruk apabila telefon bimbit dijadikan sebagai alat untuk meniru semasa peperiksaan. Pelajar akan bertukar jawapan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) sesama rakan-rakan mereka. Lebih-lebih lagi, nota-nota ringkas boleh disimpan dalam bentuk gambar dalam telefon bimbit dan digunakan untuk meniru semasa peperiksaan. Maka, pembelajaran melalui sistem peperiksaan hanya sia-sia jika pelajar dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke sekolah.

    Di samping itu, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid di sekolah juga boleh menyebabkan mereka menyalahgunakannya untuk tujuan tidak berfaedah. Kepelbagaian teknologi telefon bimbit akan menyebabkan tunas-tunas yang baru sahaja mengenali dunia ini mudah terpengaruh dengan anasir negatif. Contohnya, pelajar-pelajar boleh memuat turun gambar-gambar lucah dan menyebarkannya dalam kalangan rakan-rakan mereka dengan hanya menekan beberapa butang. Bukan itu sahaja, malah sistem pesanan ringkas berantai pula akan memudahkan kegiatan gangsterisme dalam kalangan murid-murid sekolah. Keadaan ini seterusnya akan membantutkan usaha pelbagai pihak untuk melahirkan modal insan cemerlang untuk negara.

    Intihanya,sememangnya terdapat pelbagai implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid di sekolah. Oleh itu, pihak kerajaan harus menitikberatkan langkah membenarkan pembawaan telefon bimbit ke sekolah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunaya. Persepsi ibu bapa dan guru perlu diutamakan supaya kepputusan yang tepat dapat diambil dalam jangka masa yang pendek.

Back to Top