Eko-Pelancongan Perlu Ditingkatkan di Luar Bandar
Usaha untuk menggalakkan koperasi di luar bandar terlibat secara langsung dalam industri pelancongan khususnya yang menawarkan produk eko-pelancongan perlu ditingkatkan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata aktiviti lasak seperti mendaki gunung, menyusuri sungai dan merentasi hutan merupakan produk eko-pelancongan yang boleh diterokai oleh koperasi.
“Koperasi juga digalakkan untuk terlibat dalam aktiviti pengurusan inap desa (homestay) yang mendapat sambutan hangat daripada pelancong terutama dari luar negara,” katanya kepada pemberita selepas Ihya Ramadan Parlimen Kuala Pilah bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) Senaling di Masjid Kariah Terusan Seberang, Senaling dekat sini, hari ini.
Hasan yang juga Anggota Parlimen Kuala Pilah berkata kerjasama antara koperasi yang menyediakan produk pelancongan ini dengan koperasi yang terlibat dalam aktiviti hiliran dan huluan, pengurusan pelancongan membolehkan penyediaan perkhidmatan pelancongan secara komprehensif.
“Aktiviti sokongan boleh mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan. Peluang terbuka untuk koperasi dan anggota-anggota menyediakan perkhidmatan seperti pemandu pelancong, pertunjukkan kebudayaan, penyediaan makanan dan minuman, pengangkutan dan cenderamata,” katanya.
Selain itu, katanya Malaysia masih lagi merupakan pengimport bahan makanan termasuk makanan berasaskan ternakan sedangkan terdapat tanah terbiar dan guna tenaga tidak penuh yang boleh digembleng bagi tujuan pengeluaran.
Katanya pengeluaran makanan boleh diusahakan untuk tujuan komersil secara berkoperasi.
“Koperasi yang mempunyai tanah di luar bandar akan digerakkan untuk melibatkan diri dalam bidang ini. Bagi meningkatkan keberhasilan, mereka digalakkan untuk beroperasi secara berskala besar dengan mengaplikasikan teknologi moden.
Begitu juga dalam sektor perladangan negara, dianggarkan 100,000 hektar ladang kelapa sawit akan ditanam semula. Sebanyak 1,362 atau 19 peratus koperasi yang terlibat dalam aktiviti perladangan boleh memanfaatkan peluang ini.
Dengan kekuatan modal yang ada, koperasi perladangan dan koperasi yang mempunyai tanah digalakkan untuk membangunkan sektor perladangan melalui gabungan atau kerjasama strategik,” katanya.
Hasan berkata secara bergabung, koperasi boleh melibatkan diri dalam operasi pengurusan ladang dan koperasi perladangan yang kecil digalak menjalankan operasi tapak semaian dan membekal benih sawit kepada ladang tempatan, katanya.
Beliau berkata koperasi perladangan yang berjaya bertindak sebagai mentor untuk membantu koperasi lain membangunkan ladang mereka secara berkelompok.
Katanya koperasi juga perlu bekerjasama dengan agensi teknikal kerajaan seperti Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) dan agensi teknikal lain bagi membolehkan koperasi perladangan menceburi bidang baru seperti bioteknologi dan perusahaan berasaskan herba.
“Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 mengandungi inisiatif ke arah transformasi gerakan koperasi untuk menjadikan sektor koperasi mampu bersaing dan koperasi menjadi pemain aktif dalam ekonomi negara.
“Sektor koperasi diiktiraf sebagai penyumbang signifikan kepada keluaran negara. Oleh itu, koperasi digalakkan bergabung dan beroperasi berskala besar bagi membolehkannya menikmati manfaat ekonomi berskala dan menjadi kompetitif,” katanya.
Katanya lagi menjelang tahun 2020, koperasi akan berjaya menjadi entiti yang mampu berdiri setaraf dan bersaing dengan sektor swasta dalam pasaran terbuka.
.