Contoh Karangan PT3
Kebaikan Aktiviti Kokurikulum
Kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Kokurikulum terdiri daripada persatuan,permainan dan unit beruniform. Banyak kebaikan yang diperoleh jika murid-murid menyertai aktiviti kokurikulum.
Antara kebaikan aktiviti kokurikulum ialah murid-murid dapat mengisi masa lapang dan tidak terjebak dengan gejala negatif. Hal ini supaya murid-murid dapat mempelajari bahawa kita perlu menggunakan masa dengan sebaiknya kerana masa sangat berharga. Menurut pepatah Melayu, ‘Masa itu emas’.
Selain itu murid-murid dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman hidup.Murid-murid dapat mengetahui latar belakang persatuan,sukan dan sebagainya. Murid-murid juga dapat menambahkan pengalaman melalui aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan,lawatan,kawad kaki dan sebagainya.
Di samping itu, aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan tubuh badan kita. Aktiviti kokurikulum berupaya memberikan kecergasan tubuh badan dan kecerdasan otak kepada murid-murid agar tidak lemah dan aktif. Contohnya, permainan bola sepak dan bola kerajang. Permainan ini dapat mencergaskan tubuh badan dan menguatkan stamina kita.
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum di sekolah dapat membentuk disiplin murid dan memupuk nilai murni. Murid dapat belajar menepati masa,berpakain kemas dan seragam dan mematuhi peraturan sekolah. Di samping membentuk disiplin, murid-murid juga dapat melahirkan sikap nilai murni dalam diri sendiri. Contohnya,sikap bekerjasama dalam pasukan, bantu-membantu dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
Kesimpulannya, kokurikulum sangat penting kepada murid-murid sekolah. Mereka digalakkan untuk meelibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan seperti perkhemahan,lawatan,sukann tahunan dan sebagainya. Akhir kata, aktiviti kokurikulum dapat melahirkan murid-murid yang berfikiran kritis,inovatif,kreatif dan terbuka.