Komputer merupakan alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan. Penggunaan komputer semakin popular di dunia dewasa ini. Terdapat pelbagai jenis komputer seperti komputer peribadi, komputer meja, komputer mudah alih, komputer talapak dan sebagainya. Murid-murid terdedah kepada dunia komputer sejak peringkat sekolah rendah lagi.
Pendedahan ini memberikan banyak faedah kepada mereka. Antaranya, murid-murid boleh meluaskan pengetahuan dan minda mereka melalui penggunaan internet. Murid-murid dapat mencari maklumat terkini dengan cepat dan mudah. Oleh yang demikian, dapat membantu murid-murid dalam proses pembelajaran. Secara tidak langsung ini akan membantu murid-murid meningkatkan prestasi akademik mereka.
Di samping itu, komputer memudahkan tugas kita. Banyak kerja dan tugasan kini dilakukan dengan bantuan komputer, seperti kerja-kerja penaipan, pelukisan grafik, dan penyediaan laporan. Komputer membolehkan kita menyiapkan kerja tersebut dengan mudah dan cepat. Bagi murid-murid, penggunaan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran dan pengajaran sama ada di rumah mahupun di dalam kelas.
Penggunaan komputer dalam pengajaran akan dapat menarik minat murid-murid mengikuti pelajaran. Teknik kapur dan papan hitam yang digunakan pada hari ini mungkin akan membosankan para murid yang dibesarkan dalam zaman teknologi maklumat ini. Komputer, dengan konsep multimedia, iaitu gambar, bunyi dan warna, mampu menarik minat para pelajar. Sudah pastinya, setiap murid akan berasa seronok dan ingin melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Justeru, akan memudahkan murid memahami sesuatu pelajaran kerana mereka mendapat gambaran yang tepat tentang sesuatu topik yang dipelajari.
Komputer juga mempunyai program untuk memperkembang bahasa, contohnya tesaurus. Murid-murid boleh belajar makna perkataan dan penggunaannya. Justeru, murid-murid akan bijak menyampaikan idea. Penulisan karangan juga akan menjadi lebih mantap dengan penggunaan kosa kata yang lebih meluas.
Kesimpulannya, komputer sangat berguna dalam kehidupan pada hari ini. Guru-guru dan juga murid-murid perlu menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran. Ibu bapa wajar menggalakkan anak-anak menggunakan komputer sejak dari kecil lagi agar mereka dapat menggunakan teknologi komputer sebaik-baiknya supaya tidak ketinggalan dalam arus globalisasi masa ini.