SOALAN
Berdasarkan
 dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua nilai kerjasama 
beserta bukti nilai tersebut yang dapat dijadikan teladan kepada 
pembaca. (8 markah)
JAWAPAN
     Berdasarkan dua buah novel
 yang telah saya pelajari, iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul 
Latip bin Talib dan novel Tirani karya Beb Sabariah, terdapat dua nilai 
kerjasama yang dapat dijadikan teladan kepada pembaca.
     Antara nilai kerjasama yang dipaparkan dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah  nilai
 kerjasama ketika melakukan sesuatu aktiviti. Contohnya, pihak askar 
Melayu dan tentera British turut sama membantu meringankan bebanan 
penduduk yang terpaksa berpindah secara mendadak. Selain itu, terdapat 
juga nilai kerjasama untuk menghapuskan kejahatan. Contohnya, Penghulu 
Deraman telah melaporkan perbuatan Samad yang menjadi tali barut Jepun 
kepada Leftenan Adnan. Pada waktu malam, Leftenan Adnan membawa 
anggotanya ke tempat persembunyian pengintip Jepun itu. Samad 
bersama-sama dengan tiga orang pengintip Jepun berjaya ditewaskan. 
    
 Dalam novel Tirani pula, nilai kerjasama yang diperlihatkan ialah nilai
 kerjasama masyarakat kampung. Contohnya, masyarakat Kampung Matang 
bekerjasama dalam menguruskan majlis perkahwinan Zahid . doktor 
bekerjasama dan berganding bahu dalam proses perjalanan pembedahan dan 
rawatan Waheeda. Pembedahan matanya diketuai oleh Dr. Shirrim 
Ghazizadeh, manakala pembedahan hidungnya diketuai oleh Dr. Averroes.
