CONTOH KARANGAN KEBURUKAN MEDIA MASSA
Isu-isu yang berkaitan dengan media massa kerap menjadi bahan perbincangan di Parlimen dan masyarakat. Hal ini demikian kerana peranan media massa dalam mempengaruhi kehidupan seharian memang besar dan tidak dapat disangkal. Media massa sewajarnya berperanan membantu usaha dalam membangunkan dan memajukan negara. Di samping kesan baik, media massa juga mampu membawa kesan negatif kepada masyarakat dan negara.
Antara kesan negatif atau keburukan media massa ialah penyebaran berita palsu dalam internet. Penyebaran berita palsu ini amat berbahaya terutama jika melibatkan isu keselamatan negara. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, penyebaran berita palsu mesti dibanteras dengan segera. Penyebaran berita palsu akan menyebabkan berlakunya suasana panik dalam masyarakat. Oleh itu, pihak yang menyebarkan berita palsu sewajarnya ditangkap dan didakwa di mahkamah.
Selain itu, terdapat media massa yang boleh mendorong golongan muda menjadi lalai dan membuang masa. Terdapat beberapa buah rancangan televisyen yang bercorak hiburan semata-mata dan menjadi kegilaan golongan remaja. Program-program seperti ini tidak berfaedah kerana tidak dapat merangsang perkembangan minda dan kemahiran golongan remaja. Terdapat juga program drama yang tidak realistik tetapi tetap diminati oleh golongan remaja kerana ia mengisahkan cerita cinta golongan remaja. Oleh itu, pihak pengurusan televisyen sewajarnya tidak memikirkan keuntungan semata-mata dalam menyiarkan sesuatu program di televisyen tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap golongan remaja.
Di samping itu, media massa juga boleh mendatangkan gejala negatif kepada penonton. Biasanya golongan yang mudah terpengaruh dengan gejala negatif hasil daripada program di media massa ialah golongan remaja. Media massa yang sering mempengaruhi golongan remaja ialah televisyen dan internet. Terdapat remaja yang melayari internet di halaman yang bercorak negatif sehingga mereka terdorong melakukan gejala negatif tersebut. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya memantau pelakuan anak-anak yang sedang melayari internet.
Media massa seperti televisyen banyak mempengaruhi minda kanak-kanak. Cerita-cerita tentang pergaduhan amat diminati oleh kanak-kanak. Terdapat sebilangan kanak-kanak yang meniru aksi ganas dan berbahaya yang terdapat di televisyen. Justeru, tidak hairanlah berlakunya beberapa kejadian kanak-kanak meniru aksi 'bat man' dan akhirnya kanak-kanak itu ditimpa kemalangan kerana cuba terbang di udara. Walaupun bilangan kanak-kanak yang meniru aksi watak-watak hero televisyen sedikit, tetapi perbuatan ini boleh menyusahkan ibu bapa dan pihak lain.
Media massa juga boleh mendatangkan keburukan kepada pengguna melalui pengiklanan. Terdapat pengguna yang terpengaruh dengan iklan yang dipaparkan kerana mereka berpendapat iklan tersebut amat menarik dan produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Sebenarnya dalam kebanyakan kes, khasiat barangan yang diiklankan itu tidak menepati faedah yang dipaparkan. Antara jenis barangan yang selalu memperdaya pengguna ialah barangan kesihatan seperti ubat-ubatan, peralatan senaman dan barangan elektrik. Oleh itu, pengguna mesti berhati-hati dalam membeli sesuatu produk yang dilklankan di media massa.