-->

Type something and hit enter

Pages


On
FAEDAH-FAEDAH YANG PARA PELAJAR PEROLEH APABILA MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Pendahuluan: Definisi KoKurikulum mengikut Kamus Dewan ialah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah misalnya kegiatan dalam persatuan, unit unifom dan kegiatan kesukanan.

Faedah-faedah menyertai aktiviti Kokurikulum di sekolah:
1.         Faedah kepada diri sendiri dan masa depan
i.        Membentuk sifat jati diri– Sikap ini penting untuk menyediakan kita menghadapi dunia luar apabila menamatkan SPM dan alam persekolahan.  Jelas terbukti di pengajian –pengajian tinggi sekarang ini, pelajar-pelajar yang cemerlang adalah hasil daripada penglibatan aktif mereka di peringkat sekolah.
ii.       Berdikari-Asas-asas kemahiran yang diajarkan dalam Badan unit Unifom membentuk diri kita supaya berdikari dan sentiasa menonjol kebolehan diri tanpa bantuan orang lain.
iii.      Sikap-sikap kepimpinan-Dengan penglibatan yang aktif dan mempunyai jawatan dalam unit kokurikulum akan menyerlahkan bakat kepimpinan mereka dan menjadikan para pelajar itu sebagai seorang pemimpin yang suka membimbing ahli-ahli dalam persatuannya bergiat lebih aktif.
iv.      Merit ke Pengajian tinggi– Melengkapkan kelayakan 10 peratus untuk melangkah ke pusat pengajian tinggi awam
v.       Persediaan daripada segi mental dan fizikal–  Pelajar-pelajar yang aktif dalam bidang Kokurikulum sentiasa bersedia daripada segi mental dan fizikal kerana kemahiran-kemahiran yang mereka pelajari di kursus, seminar, kem dan sebagainya mendidik mereka supaya menjadi pelajar yang lebih peka dengan keadaan semasa.

2.         Faedah kepada sekolah, keluarga dan masyarakat
i.        Disayangi keluarga dan dibanggakan oleh pihak sekolah dan masyarakat.
Pelajar-pelajar yang hebat dan aktif sentiasa disayangi oleh kaum keluarga kerana sentiasa mengharumkan nama baik sekolah keluarga serta sentiasa menjadi buah mulut masyarakat setempat dan sentiasa menjadi contoh dan idola sepertimana kejayaan pemain skuasy negara Nicole David yang sangat cemerlang dalam pembabitannya dalam bidang sukan skuasy di peringkat antarabangsa dan baru-baru ini telah diberi gelaran Datuk.
ii.       Mengetengahkan idea-idea yang positif dalam komuniti masyarakat.  Pelajar-pelajar ini akan menggunakan idea-idea mereka untuk digunapakai sebagai pemangkin melahirkan para pelajar yang lain untuk menjadi cemerlang di kawasan pertempatan mereka seperti di masjid, sukan, persatuan belia dan sebagainya.
iii.      Mengurangkan peratus para pelajar yang rosak akhlaknya.Gejala-gejala sosial mutakhir ini lebih menjadikan remaja rosak akhlak dan tidak bermoral seperti merempit, menghisap dadah, seks bebas, lepak di tempat-tempat hiburan, membuang masa di kompleks-kompleks beli-belah dan ini akan mengurangkan peratus para pelajar yang rosak akhlaknya.

3.         Faedah kepada Negara
i.          Melahirkan generasi pelapis pemimpin yang hebat.  Para pelajar ini akan menjadi pengganti kepada kepimpinan negara untuk masa akan datang dan negara juga tidak akan ketandusan pemimpin-pemimpin yang hebat suatu hari nanti.
ii.         Generasi yang berwawasan-Remaja aset negara dan negara berasa bangga mempunyai para remaja belasan tahun yang mempunyai wawasan hidup dalam diri masing-masing.  Maka, aset negara tidak membazir begitu sahaja jika remaja di negara kita mempunyai akhlak yang baik.
iii.       Mengurangkan kos pemulihan.Kerajaan dapat mengurangkan kos untuk memulihkan para remaja yang rosak akhlak dan negara tidaklah membazirkan wang yang banyak untuk memulihkan remaja-remaja ini untuk kos pemulihan dadah, pemulihan akhlak dan sebagainya
        

Kesan negatif tidak menyertai aktiviti Kokurikulum di sekolah
1.         Kesan kepada diri pelajar
i.          Pelajar yang tidak aktif dan jumud-Pelajar menjadi jumud, beku, berfikiran konservatif dan sentiasa menghindarkan diri daripada bergaul dengan orang luar dan khalayak masyarakat.
ii.         Membazirkan waktu-Memenuhi masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan aktiviti-aktiviti tidak sihat ini akan menimbul suatu suasana tidak sihat kepada keluarga sekolah dan negara.(contohnya- dipenjarakan-maruah keluarga tercalar,imej sekolah terjejas dan sebagainya)

2.         Kesan kepada masyarakat
i.          Kurang menimba pengalaman-   Mereka membesar dengan tidak mempunyai sebarang pengalaman untuk dikongsikan apabila meraka masuk ke alam dewasa atau untuk menceritakan pengalaman-pengalaman mereka ini kepada anak-anak mereka pada masa akan datang.

3.         Kesan kepada Negara
i.          Kurang sikap kepimpinan-Menjadikan mereka tidak cemerlang dan kurang sikap kepimpinan semasa bersama masyarakat khalayak dan berpendirian lemah dalam mengambil sesuatu keputusan apabila menghadapi sesuatu masalah kelak.
ii.         Kurang sikap berdikari-Tidak dapat membawa diri dengan lebih progresif lagi kerana tidak pernah berdikari atau didedahkan dengan kemahiran-kemahiran untuk hidup tidak bergantung kerpada orang lain.

Peribahasa yang boleh digunakan
1. Pemuda harapan negara pemudi harapan bangsa
2. Belakang parang jika diasahkan akan tajam jua akhirnya
3. Alah bisa tegal biasa
4. Melepaskan batuk di tangga
5. Ular menyusur akar tidak akan hilang  bisanya
6. Bagai  Enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
7. Seputih-putih hampas kelapa dibuang juga akhirnya, sehitam-hitam tahi minyak boleh dimakan jua
8. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian
Back to Top