-->

Type something and hit enter

Pages


On
Contoh Karangan PT3

Kebaikan Bergotong-royong

      Menurut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud amalan saling menolong atau kerja bersama-sama. Masyarakat Malaysia pada hari ini, kurang mengamalkan gotong-royong oleh sebab mereka lebih suka duduk di dalam rumah sendiri sambil menonton rancangan televisyen atau bermain permainan komputer. Sebenarnya, amalan bergotong-royong merupakan amalan yang mulia dan harus dipupuk sejak kecil. Amalan bergotong-royong juga telah banyak membawa kebaikan kepada kita.

      Pertama sekali, bergotong-royong dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan latar belakang. Melalui aktiviti gotong-royong, kita dapat memahami dan menghormati adat istiadat kaum lain tanpa menimbulkan rasa waswas dan curiga.

      Selain itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mempercepat dan mempermudah kerja seharian. Jika semua orang bersatu padu, tolong-menolong, maka kerja yang sukar atau berat akan menjadi senang dan ringan. Contohnya, sekumpulan murid diberi tugasan oleh guru untuk membersihkan Taman Bunga di kawasan sekolah. Kalau murid-murid bekerjasama dan tidak malas, aktiviti pembersihan Taman Bunga dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

      Amalan gotong-royong juga dapat menperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat berbilang ras dan agama. Dalam satu taman, terdapat jiran tetangga yang berbilang kaum dan agama. Oleh itu, semangat kejiranan dapat dipererat melalui aktiviti-aktiviti seperti majlis kenduri-kendara, musim perayaan utama, kempen yang berkaitan dengan semangat kejiranan atau aktiviti yang memerlukan kerjasama semua orang.

      Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan pesekitaran yang bersih dan ceria. Kawasan yang bersih dan ceria dapat mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera bak kata slogan pihak berkuasa tempatan, yakni ‘Negara Bersih, Rakyat Sihat’.

      Secara kesimpulannya, aktiviti gotng-royong banyak mendatangkan kebaikan kepada penduduk setempat yang rata-rata terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama untuk hidup aman makmur, saling menghormati dan bekerjsama, bak kata peribahasa Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Back to Top