CONTOH KARANGAN KEBAIKAN AKTIVITI RIADAH
Beriadah yang dilakukan secara berkala adalah baik dan dapat menyihatkan badan. Kementerian Kesihatan telah mengadakan kempen gaya hidup sihat yang turut menekankan kepentingan aktiviti riadah. Joging contohnya, dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan seseorang. Selain itu, ia juga mempercepatkan proses metabolisme dan dapat mengurangkan berat badan. Jadi, penyakit seperti darah tinggi dan lemah jantung dapat dielakkan.
Sesungguhnya, kehidupan berkeluarga amat penting kepada kita. Aktiviti riadah seperti berkelah, berkhemah dan mendaki bukit, jika dilakukan bersama keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Nilai-nilai murni dapat dipupuk di kalangan anggota keluarga. Semangat tolong-menolong dan kerjasama akan menambah keseronokan sesebuah keluarga ketika beriadah. Seterusnya ia akan melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan saling memahami antara satu sama lain.
Dengan melakukan aktiviti riadah, kita juga dapat memenuhi masa lapang. Masa lapang harusnya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Seseorang Individu tidak akan terjebak dalam gejala sosial yang kurang sihat seperti melepak, merokok, pergaulan bebas dan menagih dadah jika selalu melakukan riadah bersama keluarga. DI samping itu, kita juga dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman dalam sesuatu perkara yang dilakukan dalam aktiviti riadah. Kita juga dapat menguatkan ketahanan diri apabila melakukan aktiviti yang mencabar seperti menunggang kuda dan mengayuh basikal.
Aktiviti riadah adalah pilihan yang tepat kepada pelajar untuk merehatkan otak setelah belajar. Sesungguhnya, otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat. Pekerja juga dapat merehatkan minda setelah seharian bekerja di pejabat. Program Hari Keluarga yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun pihak swasta yang turut mengadakan aktiviti riadah adalah satu langkah sangat bijak. Otak yang mendapat rehat yang cukup pastinya lebih kreatif dan kita juga dapat berfikir dengan positif.
Seterusnya dengan menyertai aktiviti riadah kita juga dapat menambahkan kenalan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Secara tidak langsung, aktiviti riadah dapat juga mengeratkan hubungan antara kaum. Antara aktiviti riadah yang melibatkan pelbagai kaum ialah aktiviti larian amal dan joging. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, perpaduan kaum amat penting. Dengan wujudnya perpaduan kaum yang erat, negara akan aman dan rakyat dapat hidup dengan baik